http://masihmencaricahayasebenarislam.blogspot.com

Monday, May 31, 2010

Sabar..Sahabat.. :(




Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem..

Salam 'alayk..

Si penaip tgh sedih nie..

sangat2 sedih..

Si penaip yakin korang semua pun tgh sedih..

Jom solat hajat..

Jom doa non-stop..

Rasa malu sebab Mesir..lagi2 Mansoura..Dekat dengan Palestine..

lagi dekat jarak berbanding Malaysia dgn Palestine..

Mungkin angin dari sana pernah tertiup ke sini..

tapi Si penaip hanya masih mampu berdoa..


"Ya Allah berilah kekuatan kpd saudara2 kami yang sedang berjuang ke arah Palestine menempuh dugaan yang berada di hadapan mrk..

berikan kami kekuatan utk menerima berita2 ttg mereka..

kami di Mesir sgt hampir dengan Palestine..tetapi kami hanya mampu berdoa..

kekuatan mu'min pada doa mereka..Kau Perkenankanlah doa kami..

Pejuang Islam sedunia..!!

berdoalah tanpa Henti..Kemenangan Kita adalah Pasti..!!

kerana Kemenangan Islam janji Allah..

Takbir!!Allahuakbar!!"




Si Penaip berazam nak pergi sana..ke Palestine..

would you like to join me??

I Love you Because Of Allah..



Saturday, May 29, 2010

Life is Wonderful when I have Him.. (^_^)


Cinta pada 'Dia'..

Kekal

Cintakan 'dia' tidak bersandarkan 'Dia'..

Tidak akan Kekal..

'Dia' itu Allah..

Cintailah Allah..

Friday, May 21, 2010

kisah nyata azab kubur dan suara dalam bumi..

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem..

Salam 'Alayk..

Jom tgk video nie sampai habes..




Love u Because of Allah

Wednesday, May 19, 2010

Kawan2 Di Mesir..Jangan Jealous..hehe..




Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem..

Salam 'alayk..

Tadi masa tgh kemas2 bilik sbb ade tetamu nk dtg..(hehe)..Tiba-tiba dapat satu panggilan drpd sorang senior nie..

Akak Pos: "Assalamu'alaikum Farah..ade kat rumah ke??"

Si Penaip: "Wa'alaikum salam..Owh ade2..nk dtg ke?"

Akak Pos: "A'ah cpt tau bkak pintu nk kasi brg.."

Pintu Di buka...


Si Penaip:"Waaa...(sambil lompat2 gembira..hehe)


(yang tak tahannye kakak tu pun turut gembira jugak!)hehe..

Akak Pos: Tak Sabarnye nk tau ape dalam tue!!

haha..

Si Penaip: Alhamdulillah!!!Haa..nie Special tau..Dah sebulan lebih tunggu..

Bukak2 je..(jeng..jeng..)

2 buah buku>> Murabbi cinta dan Secangkih Teh Pengubat Letih oleh Ust.Hasrizal Abdul Jamil..



ok2 sesiapa yg Di mesir yg jealous sila bgtau yer..hehe..

Akak Pos: "Nak Pinjam satu!!"

dalam hati Si Penaip..Adoyaii..hehe(main2 je)..

terus beliau mengambil Murabbi Cinta..Tak sempat nk amek gambar masuk dalam blog..ish2..hehe ;) Jazakillah Akak Pos!!

Jazakillah wa khairan kathiran ya ukhti SALWA tolong poskan!!


Jazakillah wa khaiiran kathiran Modah tolong belikan!!

nnt balik kte belanja Ali yek..hehe..tapi kali nie modah drive..kite tak tau laa masih ingat cara nk drive ke tak..see you guys next year bln 7..insya Allah Biiznillah~

Anyway Kite tetap sayang kak Salwa even if you don't post this books..thx 4 the 'Adek comel'..hehehe..

p/s:Adek comel adalah tulisan kak salwa yer... ;)


Uhibbukifillah Abadan Abada..

p/s:Nak sangat2 jumpe korang..rindu org2 Di Malaysia,Syria n Jordan..hehe..Ingat kwn2 semua dlm doa yer..kalau ade umur yg panjang jumpe lg..kalau tak InsyaAllah fi jannah..Ameen~

p/s lagi:Akak Pos nama samaran..di 'cover' kan takut beliau malu.. :)


Love u Because of Allah



Monday, May 17, 2010

Inilah Bahagia...(^_<)



Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem..

Salam 'alayk kawan-kawan..

Daripada Shuhaib r.a., Rasulullah s.a.w., bermaksud:

"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan, apabila ditimpa ujian(kesempitan),maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya"

Sedikit video utk di 'share'kan bersama..sila abaikan yg akhir2 tue..hehe..

credits to..

Adek


Atie


video



Hijjaz (Manan Ngah / Pahrol Md Juoi)

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu


Love u Because Of Allah..

Wslm

Sunday, May 16, 2010

Sekolah Kehidupan..(^_~)



Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem

salam 'alayk..

Post kali nie campur2..hehe~

Semalam Hari Murabbi..para Murabbi yg sgt2 dicintai..

Byknye pengorbanan dan nasihat yg x mungkin Si penaip lupakan..

Kenapa Si Penaip menggunakan perkataan Murabbi bkan Guru??..sangat beza ye..



Guru juga adalah pendidik..tapi mungkin terbatas pd Akademik sahaja..

Murabbi ataupun pendidik.

bukan sahaja mendidik about Akademik..

Murabbi juga mendidik dan memupuk hati untuk lebih mencintai Allah dan Rasul..dan juga mendidik kami supaya menjadikan Islam Is The Way Of Life..

Kalau guru anda semua seperti itu..panggillah mereka Murabbi..


Mungkin sesetengah org anggap Murabbi mcm biasa je..

tapi bg Si Penaip..Tak..mereka adalah insan yang sgt2 luar biasa..nak tau Murabbi si penaip macam mana boleh klik di sini..hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara sedar ataupun tdk..mereka telah mendidik Si Penaip drpd seorang yg *tut* *tut*..kepada manusia yang lebih baik drpd *tut* *tut* :)

Alhamdulillah..

Masa F1 dulu..

masa mule2 masuk asrama..lagi2 Si Penaip nie jenis yg tak pernah berjauhan dgn family..

Menangis awi awi.. :) muallimah yang menjadi Mentor Si Penaip selalu pujuk..hehe manja bebenor..

ingat lagi dlu..masa bulan2 terawal..kami ade geng yang duduk dalam bulatan..

macam usrah la kan..geng kami duduk dlm bulatan sambil menangis sama2..hahaha~Sabo jelaa~

Dan Alhamdulillah hanya seorang je yg berjaya bertahan sampai tingkatan 5..haha..Siapa??

Si Penaip laa..haha..x sangke~bukan nak berlagak tapi kisah benar.. ;)

Ibu Si Penaip siap kasi anugerah Pelakon Terbaik to me cuz' Time F1 pnah nangis and cakap kat ibu and ayah..

"nak pindah skolah kalau tak nk bunuh diri!!"

..haha ok tu mmg lawak..such a Drama Queen..

tapi bila dah lama2 nangis tak nak tinggalkan skolah pulak..huhu ;)

macam2 sebenarnye ragam budak2 f1 nie..

ade yang wajib call parents 5 kali sehari mcm kita wajib utk solat 5 kali sehari..hehe..harap2 beliau tak bace post nie..heheh~

tapi tuelaa yg byk memberi semangat ialah para murabbi di skolah..

ingat lg masa 1st time kena "hempap" time F1 jugak..taukan istilah 'hempap' tu mcm mana?hehe


masa tue x tau lg benda yg Si Penaip alami tue 'hempap'..

ingat Si penaip nk meninggal dah..sebab isek2 sesak nafas and tak boleh bergerak..

mentor si penaip suruh baca Quran depan beliau..

Beliau ajar zikir2..hehe..lama2 senior bgtau rupanya Si Penaip kena Hempap..perkara yg agak biasa di asrama..

tuela Rasulullah mengajar kita tepuk tempat tidur 3 kali lepas tue baca Bismillah..lepas tue barulah naik atas katil..

bkan kita je tinggal kat muka bumi Allah nie..hehe~

Kalau kat sini (Egypt) baru tau kelebihan sunnah Rasulullah tue..

bkan utk mengelak kena 'Hempap' je..

utk mengelakkan makhluk yang bernama pepijat jugak..hehe..musim panas nie mcm2 kluar..

Lipas yg bermacam2 saiz ber'party' sakan kat dapur..macam Hari Raya..

kalau tolong kat dapur takpe jugak..hehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-kisah..

Masa F2 dlu..Si Penaip malas sangat2..serious punye malas..ingat lagi markah Math 29 ke bwh..hurm teruk sangat..




Bila masuk F3..seorang Muallimah Mathematics dan juga pakar motivasi peribadi(hehe slalu crite masalah) telah muncul dalam hidup Si Penaip..

Beliau sangat Rendah hati..Berjiwa Besar..Kasih sayang beliau seperti seorang ibu..


1st time in my life Si Penaip jumpe yg btul2 lain drpd lain..

beliau nasihat Si Penaip tak henti2..kasi Semangat..Beliau tahu Si Penaip ada Potensi yang sgt tinggi..

Beliau lagi yakin tentang diri Si Penaip drpd Si Penaip sendiri..hehe~

Tup..Tup..

Alhamdulillah..berkat doa org sekeliling dapat 89 ke atas dalam Mathematics dan menjadi ahli Fanclub Mathematics and Science (tibe)~hehe..

sejak drpd tue baru semangat utk belajar naik semula..dan semakin suka blajar..

Muallimah jasamu takkan ku lupakan sampai bila2..


Bila fikir2 balik..kalau Allah tak hantar Muallimah tue..mesti Si Penaip tak minat Math sampai sekarang..hehe..

Syukran Ya Allah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
banyak sangat kalau nk imbas kenangan dengan muallimah2 dan muallim2..klakar pun ade...ingat tak kisah Aisyah B**** depan bilik Warden?haha~


-------------------------------------------------------------------------------------------------



Masa F4.... Mas dan Si penaip kena tegur ngan Muallimah Fara suruh buang chewing gum sebab makan time kelas..

yang tak puas hatinye..Modah stop kunyah so die tak kena tegur..sampai sekarang tak puas hati..hehe

Muallimah Nila..

org pertama yang memperkenalkan Si Penaip dengan kumpulan nasyeed english..

Outlandish-Look into My Eyes tentang Palestine..

start drpd tue baru boleh skit demi sdikit tinggalkan lagu Lagho..hehe~

------------------------------------------------------------------------------------------------

Muallimah Hanum Naqibah time F4..

bwk usrah kiteorg gi satu program nie..best awi awi..

kami antara org terawal jumpe Muadz time karier die baru2 nak naik..haha berlagak sebentar..jumpe Dakmie..xifu..best btul..



Muallimah2 yang selalu sabar dgn Si Penaip masa mula2 nk blajar menghafal Quran..

masa awal2 dlu lambat sgt nak menghafal..mereka tak putus2 ajar bmcm2 kaedah..hehe..

Akhirnya Alhamdulillah..Tapi mungkin tak selaju anda menghafal..hehe~
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ingat lagi seorang Muallimah mengingatkan kami..



"Jangan putus asa time solat walopon solat yang enti raser tuh x khusyuk..kter kne igt kter nih hamba Allah jer..BERUSAHA..jangan sesekali putus asa dalam menunaikan ibadah"


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau nak crita panjaaaang lagi...nanti takut korang tersengguk pule..hehe..

Conclusionnye..Jangan lupa doakan Kebahagiaan Dunia Akhirat Para Murabbi kita semua..

Jangan lupa call mereka bila free..ucap Thank You..hehe..

Jazakumullah wa khairan kathiran Ya Murabbi..



Love from Syari' semenoudi,Syari' Jihan,Mansoura...




LoVe You Because Of Allah.. <3

~WSLM~







Monday, May 3, 2010

Abdullah Khairul Azzam??





Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem..

Salam 'alayk!!

Sehat semua??

Periksa Final is just around the corner..

Doakanlah Kami ye..

2 hari yg lepas Abdullah Khairul Azzam jual tempe kat blok kami..(jangan jeles dong) hehe~


Sebelum tu die jual bakso..

:) :) :)

Hehe Apelah Si Penaip nie..

Tapi kami mmg nk berterima kasih awi awi kepada ikhwah2 Indonesia yg sanggup menjual tempe n bakso sampai ke Imarah(flat) kami..SYukran Jazeelan!!

Enough about the KeCeBe(Ketika Cinta Bertasbih).. ;)


hehe jom dengar sedikit tazkirah nk??

Ok Sebelum tue nk tny..

Siapa nk Iman die Sempurna??Angkat tangan!!


Si Penaip percaya mesti ramai yg tengah angkat tangan sambil tersenyum kan?? sebab rasa mcm kanak2..hehe~

Ok teruskan..

Mesti semua nk Iman dia Sempurna..betul tak?Tipulaa kalau x nk..

Kalau Iman x sempurna x dapatlaa kita semua masuk Syurga..

So..ini Tips drpd Ammar Bin Yasir..Salah seorang sahabat Rasulullah tercinta kita..

Ammar Bin Yasir:

3 Perkara yang barangsiapa melakukan kesemuanya akan menghasilkan kesempurnaan IMAN..

1)INSAF(Sentiasa rasa Bersalah pada Allah dan Rendah hati pada manusia)

2)MEMBERI SALAM kepada seluruh dunia

3)BERSEDEKAH di jalan Allah

Hehe..Tu saje Tazkirah pada Hari ini..

InsYaAllah akan bersambung lg.. Jika Diizinkan Allah utk Si Penaip Menaip lagi..


Love All Of You Because Of Allah :)

~Wslm~